Friday 25 August 2017

Perkasa Tidak Layak Desak KJ Letak Jawatan Menteri Belia Dan Sukan


KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Briged Kesatria Muda hari ini berdiri teguh di sebalik kepimpinan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO mahupun sebagai Menteri Belia dan Sukan, sekaligus menafikan kewajaran desakan dari Pertubuhan Pribumi Perkasa untuk YB Khairy meletakkan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pengerusinya, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah dalam kenyataannya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa desak Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan beliau sebagai menteri mengenai isu bendera Indonesia namun meminta kepimpinan Perkasa itu untuk mengikuti perkembangan semasa terutama dalam isu bendera Indonesia di Sukan Sea.

“Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjiwa besar telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia iaitu Iman Nahrawi atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Isu ini telah selesai antara dua negara secara semangat nusantara,” ujarnya yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, isu Perkasa memohon maaf kepada kepada kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) itu hak mereka.

“Tetapi harus ingat sebagai rakyat Malaysia kita harus berikan keutamaan pada Negara kita melebihi daripada negara jiran.

“Saya yang mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin mengingatkan kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan bela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan UMNO ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka, kerana ianya adalah hak akar umbi UMNO yang telah memilih pemimpin melalui proses demokrasi pemilihan,” tambahnya.

1 comments:

  1. Fasal bendera tu kesilapan kecil yg bukan KJ yg buat, mungkin kaki tangan atau percetakan. Tidak melibatkan kerugian bilion2 macam macam skendel wang asing mantan PM. Tak perlulah KJ letak jawatan bagai. Perkasa ni lebih sudu dari kuah pulak.

    ReplyDelete