Thursday 24 August 2017

Rizab Antarabangsa Bank Negara Cecah US$100 Bilion (RM431 Bilion) Pada 15 Ogos , 2017


Mereka yang mengatakan bahawa rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (FOREX) jatuh menjunam beberapa tahun lalu akan memakan kata-kata mereka sendiri.

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa rizab antarabangsa melebihi paras psikologi US$100 bilion (RM431.0 bilion) sekali lagi selepas meningkat kukuh sepanjang tahun lalu.

Walau bagaimanapun, rizab antarabangsa adalah hanya satu perempat daripada aset luaran yang negara kita miliki.

Jumlah aset luaran negara adalah RM1,717 bilion pada Suku Ke-2 2017 berbanding dengan liabiliti luar negara (termasuk hutang luar yang berjumlah RM877 bilion) berjumlah RM1,674 bilion.

Ini bermakna negara-negara dunia berhutang dengan Malaysia melebihi daripada Malaysia berhutang dengan negara-negara seluruh dunia – bukan seperti propaganda Pakatan.

Rizab Antarabangsa Bank Negara Cecah US$100 Bilion (RM431 Bilion) Pada 15 Ogos , 2017

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$100.4 bilion (bersamaan dengan RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017, berbanding US$99.4 bilion (RM427 bilion) yang dicatatkan pada 31 Julai, 2017.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, “ menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$93.9 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 billion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset pula termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.021 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM5.355 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.434 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.829 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM7.297 bilion). – Bernama


0 comments:

Post a Comment