Saturday 5 August 2017

Serah Memorandum - Pemuda UMNO Negeri P.Pinang Bidas Kenyataan Armada


KENYATAAN MEDIA

Saya dengan ini merujuk kepada kenyataan media Aizat Khalid Penolong Setiausaha ARMADA PPBM Pulau Pinang yang dikeluarkan pada hari ini 4/8/2017 susulan penyerahan memorandum oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Saya terpanggil untuk memberikan komen berkenaan dengan kenyataan media tersebut. Untuk makluman penyerahan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah berkenaan dengan dua perkara iaitu:-

1. Gesaan supaya SPRM mempercepatkan segala siasatan berkenaan dengan laporan-laporan rasuah dan salah guna kuasa yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang; dan

2. Gesaan supaya SPRM mempercepatkan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang

Gesaan-gesaan ini dibuat agar nama baik Ketua Menteri dapat dijernihkan daripada segala tuduhan rasuah dan salah laku ('to clear his name from any wrongdoings'). Sekiranya Sdr Aizat mengambil masa dan berusaha sedikit untuk memeriksa isi kandungan memorandum tersebut, beliau tidak akan membuat kenyataan yang melulu seperti ini. 'Please check your facts first'.

Semua sudah sedia maklum bahawa SPRM tidak mempunyai 'locus standi' untuk memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meletakkan jawatan. Saya beranggapan bahawa Sdr Aizat patut tahu berkenaan dengan perkara ini.

Untuk makluman Sdr Aizat, Sdr Rafizal Abdul Rahim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang telah beberapa kali menggesa Ketua Menteri untuk meletakkan jawatan kerana beliau menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh Ketua Menteri. Gesaan kali ini dibuat setelah Ketua Menteri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah pada sebelah pagi. Apa gunanya berikrar tetapi cakap tak serupa bikin.

Saya juga menggesa Sdr Aizat untuk membaca kembali salinan Laporan PAC yang keanggotaannya bukan hanya Ahli- Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional tetapi Ahli-Ahli Parlimen daripada parti-parti pembangkang berkenaan dengan 1MDB. Usahlah berterusan memainkan sentimen ini, tanyalah kepada senior-senior Ahli-Ahli Parlimen parti pembangkang yang menganggotai PAC. Buat appointment jumpa mereka terlebih dahulu ataupun boleh Google.

#CheckYourFactsFirst
#JanganPakaiHentamShj
#SavePenang

Ifan Zaimi Bin Md Tahar
Penolong Setiausaha 
Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang

Jumaat 4/8/2017
Jam 10.00 malam

0 comments:

Post a Comment