Beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi Jumaat.
Antara kawasan terjejas akibat banjir kilat ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.
Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya.
Kesesakan lalu lintas turut dilaporkan berlaku berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang.
Lanjutan dari kekalutan yang melanda itu, didapati Kerajaan Negeri pimpinan DAP diasak hebat melalui halaman facebook. Antara yang menyuarakan pandangan adalah seorang jurugambar dan pengamal media sosial yang menggunakan nama Mesh.
Mesh melalui status yang dikemaskini awal pagi tadi menyatakan, "Mari kita berteka-teki.... Apakah penjelasan yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung banjir yang melanda hari ini".
Status yang dibuat oleh pemilik akaun itu dilihat telah berjaya menarik perhatian ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk masuk dan melontarkan komen di garis masa tersebut.
Beliau (RSN Rayer) menyatakan "Kenapa tanyakan (soalan) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mesh, anda perlu tanyakan tuhan!".
Jawapan yang diberikan oleh ADUN Seri Delima itu nyata amat mengejutkan. Sebelum ini, DAP Pulau Pinang seboleh-bolehnya cuba menjuarai setiap isu dan mengambil kredit ke atas setiap perkara yang berlaku di negeri ini.
Malahan jika diimbas semula, DAP Pulau Pinang pada 22 Oktober 2013 melalui Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik pernah menyatakan bahawa banjir 40 tahun selesai selepas 9 bulan.
Jika benar mereka berjaya menyelesaikan isu banjir hanya selepas 9 bulan, kenapa sehingga hari ini permasalahan banjir masih lagi berlaku dan lebih buruk berbanding sebelumnya?
Dengan kenyataan "vice versa" yang dikeluarkan oleh RSN Rayer hari ini, secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh Ng Wei Aik adalah satu penipuan dari DAP untuk menyedapkan hati masyarakat setempat.
Tidak cukup dengan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga didapati pernah mengeluarkan kenyataan "Pakatan mampu selesaikan permasalahan banjir dalam satu penggal perkhidmatan" yang diterbitkan portal Malaysiakini pada 15 Disember 2013.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa buruknya banjir yang melanda Pulau Pinang hari ini.
* Lagi gambar dan video banjir di Pulau Pinang di Page Penang Online
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNASIHAT KEPADA PENDUDUK PULAU PINANG:-
ReplyDeleteIN SYAA ALLAH BEBASKAN MAKSIAT DARI PULAU PINANG SEBELUM PULAU PINANG DIBEBASKAN DARI PETA DUNIA, WALLAHUA'LAM.
FIRMAN ALLAH:-
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
(Nuh 71:25)
AAMIIN.
tenggelam banjir dan taufan tu penambahan.. jangan buat ala Gereja katolik menambah dan edit ayat Al-Quran Kareem
Delete