Wednesday, 20 September 2017

Berapa Jumlah Wang Yang Di Belanjakan Kerajaan Negeri Untuk Atasi Masalah Banjir Kilat Di P.Pinang ? - Zainal


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang , Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini membidas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan permasalahan banjir kilat yang kini telah menjadi masalah utama di negeri itu.

Selain daripada mendapat rungutan dari para penduduk yang terpaksa menanggung beban pada setiap kali berlakunya hujan lebat , ketidakcekapan pengurusan kerajaan negeri di bawah DAP untuk menangani banjir kilat kemudiannya mendapat reaksi dari pelbagai pihak.

Zainal dalam kenyataan berkata kita menyambut baik rayuan YB Jagdeep Singh agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama menyelesaikan masalah banjir yang semakin kerap berlaku di Pulau Pinang, khususnya di Lembangan Sungai Pinang. Mengikut laporan sebuah akhbar beberapa hari lalu, sebanyak 23 insiden banjir kilat berlaku di seluruh Pulau Pinang bagi tempoh 2015- hingga September 2017 sahaja.

"Kita ucapkan terima kasih di atas kesedaran YB Jagdeep bahawa tindakan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini yang gemar menuding jari dan menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka sendiri menyelesaikan masalah banjir selama 9 tahun tidak memberikan menafaat kepada rakyat yang terlibat."

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh terus menyalahkan cuaca dan taburan hujan setiap kali berlaku banjir kilat di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri perlu sedar terdapat semakin banyak kawasan baru yang dulunya tidak pernah banjir kini banjir setiap kali hujan lebat. Berkemungkinan banjir kilat yang semakin kerap berlaku ada kaitan dengan pembangunan hartanah, penarahan kawasan bukit dan lereng bukit yang tidak terkawal dan penambakan laut.   

Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberhentikan peruntukan untuk projek kawalan dan tebatan banjir di Negeri Pulau Pinang walaupun Kerajaan Negeri diterajui oleh DAP sejak 2008. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM 2 billion untuk projek-projek kawalan banjir di Pulau Pinang; (RMK 10: 2006 – 2010) RM 1.493 billion termasuk RM 34 juta untuk pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang, (RMK11: 2011 - 2015) RM 404.5 juta. Peruntukan RM 150 juta untuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang telah diluluskan pada November 2016.

“Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang sejak DAP jadi Kerajaan Negeri pada 2008?”

“Kita tidak nafikan dulu pun berlaku banjir kilat tapi sekarang banjir kilat lebih kerap berlaku. Kini setiap kali awan hitam di langit, rakyat Pulau Pinang jadi gusar dan khuatir banjir kilat akan berlaku lagi jika hujan turun lebat.”

“Kita nak tanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika Kerajaan Negeri sanggup dan boleh berhabisan RM 305 juta untuk hanya laksana kajian-kajian untuk projek yang tidak diperlukan rakyat sekarang; kenapa Kerajaan Negeri tidak boleh membelanjakan jumlah yang sama untuk menyelesaikan masalah banjir yang sangat memerlukan penyelesaian segera?”

Negeri Pulau Pinang memerlukan satu Pelan Induk Pencegahan Banjir lebih dari Pelan Induk Pengangkutan. Apa guna bina jaringan jalanraya dan kemudahan pengangkutan darat yang baik jika semua jalan dan kenderaan tenggelam dalam banjir bila hujan turun dengan lebat ?


0 comments:

Post a Comment