Tuesday, 12 September 2017

Datuk Seri Zainal Merafak Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Kedah


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Datuk Seri Zainal Abidin Osman mewakili seluruh ahli-ahli dan pimpinan parti serta pegawai-pegawai kerajaan persekutuan Pulau Pinang hari ini merafak sembah takziah serta menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar , Kedah.

Datuk Seri Zainal berada di Istana Anak Bukit bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang disemayamkan di Dewan Penghadapan Baru Istana Anak Bukit, Alor Star mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dan kemudiannya akan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar pada hari Selasa 12 September 2017 jam 4.00 petang. 



0 comments:

Post a comment