Wednesday, 6 September 2017

Ibadah Korban - Shabudin Bersama Warga TUDM Butterworth


Ahli Parlimen Tasek Gelugor  , YB Datuk Shabudin Yahya turun padang bersama seluruh jentera UMNO Bahagian Tasek Gelugor ke Pengkalan Udara Tentera Udara Di Raja Malaysia , Butterworth (TUDM) untuk bersama dengan seluruh warga TUDM menjayakan program kenduri serta agihan daging korban pada 4 September 2017 baru-baru ini.

Turut bersama adalah Adun Teluk Air Tawar , YB Datuk Hjh Jahara Hamid serta seluruh pegawai dan anggota TUDM Butterworth.

Program yang diadakan ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan para anggota TUDM Butterworth dengan seluruh pimpinan di kawasan khususnya bagi Parlimen Tasek Gelugor.Selain ibadah korban , semua pihak terlibat turut bergotong royong memasak hidangan bagi majlis kenduri yang diadakan.



Sebelum itu pada sebelah paginya , YB Datuk Shabudin turut merasmikan surau Al-Muttaqin dan hadir bersama dalam kenduri rakyat di SK Permatang Buloh.

0 comments:

Post a comment