Sunday 10 September 2017

Kerajaan Negeri Di Nasihat Tidak Lepaskan Tanah Pertanian Bagi Tujuan Komersil


TASEK GELUGOR, 10 Sept - Semua kerajaan negeri dinasihatkan agar tidak melepaskan tanah pertanian sedia ada bagi tujuan-tujuan lain termasuk untuk komersil .

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata adalah mustahak mempertahankan tanah pertanian yang menjadi sumber penting negara terutama dalam aspek pembekalan makanan.

"Kita minta kerajaan negeri supaya tidak cepat melepaskan tanah pertanian untuk tujuan-tujuan lain. Kita jangan mengalah , kita jangan hanya menganggap tanah pertanian ini dari segi pulangan sedikit, tetapi lihat dalam konteks masa depan kita seperti makanan, tanah pertanian tidak semestinya untuk tanaman bahan padi tetapi untuk tanaman- tanaman lain yang diperlukan untuk negara kita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 #JOMPIBENDANG di Perkarangan Dewan Kelompok Padi, Permatang Tiga di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Shabery berkata mengikut rekod, kerajaan negeri Pulau Pinang tersenarai dalam antara negeri yang ingin menukarkan syarat tanah pertanian kepada tanah pembangunan bagi tujuan pengkomersilan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment