BALIK PULAU, 9 Sept - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang berhasrat memberi laluan kepada pembinaan hospital swasta di tapak warisan di Peel Avenue di sini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri itu tidak mempedulikan tentang tanah warisan yang selama ini dipertahankan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tapak warisan itu diusahakan oleh Barisan Nasional (BN) sedangkan kerajaan negeri sekarang hanya membuat pengumuman mengenainya sahaja.
"Sekarang mereka hendak merobohkan bangunan sejarah kita pula," katanya kepada pemberita selepas pertandingan memancing inspirasi Balik Pulau di kem Bina Negara Balik Pulau di sini hari ini.
Dr Hilmi berkata kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran BN sebelum ini amat teliti berhubung bangunan bersejarah.
"Kalau kita buang semua apa yang tinggal? pokok yang besar-besar itu pun heritage (warisan). Kita amat menjaga heritage. Ini bermakna kerajaan negeri sekarang bercakap tapi tak serius dalam hal apa yang mereka buat... Mereka cakap tak serupa bikin. Lihat saja bekalan air Pulau Pinang, dulu tak naik pun, sekarang dah naik empat kali, tambah surcaj lagi," katanya. - Bernama
0 comments:
Post a Comment