Tuesday, 26 September 2017

Masalah Perparitan Punca Banjir , Kerajaan Negeri Harus Bertindak Segera - YB Nordin


Berikutan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat dan telah melumpuhkan sebahagian besar dari kawasan di Pulau Pinang , banyak pihak tampil mengkritik dan menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih serius dalam menangani permasalahan yang kini sudah menjadi beban kepada penduduk khususnya di sebelah pulau.

Menurut Adun Bayan Lepas, YB Nordin Ahmad masalah banjir yang berlaku di Pulau Pinang adalah akibat daripada banyak rojek pembangunan yang tidak terkawal khususnya di lereng bukit yang mengakibatkan banjir teruk di kebanyakkan kawasan baharu.

Pembangunan tanpa kawalan juga secara tidak langsung telah dan akan menjejaskan sistem pengairan dan saliran.Jika kerajaan negeri gagal bertindak segera penduduk bakal berdepan risiko yang lebih teruk.

YB Nordin Ahmad berkata "Kerajaan tempatan harus juga melihat sistem-sistem perparitan yang didirikan oleh pemaju-pemjau yang didapati kapasiti parit dan longkang yang tidak memenuhi kehendak sebenarnya bagi mempercepatkan pengaliran air ke kawasan sungai-sungai besar dan kuala-kuala sungai semuanya mestilah dibuka dan diberikan perhatian yang khusus"

Tambahnya adalah tidak wajar untuk kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan dalam menyelesaikan masalah banjir apatah lagi kerajaan negeri yang sudah lama memerintah sepatutnya boleh merangka pelan tindakan lebih awal.

0 comments:

Post a comment