Tuesday 19 September 2017

Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan Dalam Khazanah


19 SEPT: Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad berkuat kuasa hujung bulan ini.

Menerusi satu kenyataan, syarikat pelaburan strategik negara itu berkata Nor Mohamaed juga melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah.

“Perletakan jawatan itu dikemukakan pada Mesyuarat ke-84 Lembaga Pengarah Khazanah, hari ini,” kata Khazanah.

Nor Mohamed yang juga bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor mula menyertai syarikat berkenan pada 2002 sebagai salah seorang Lembaga Pengarah.

Pada 2013, beliau dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Khazanah.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut sebab utama perletakan jawatan Nor Mohamed yang juga salah seorang saksi dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing pada 1990 an.

0 comments:

Post a Comment