Wednesday 6 September 2017

P. Pinang, Pembesaran Empangan Beri Manfaat Kepada Semua -Zainal


Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Langkah kerajaan bagi meluaskan lagi tapak takungan air di sini bagi memudahkan rakyat di P.Pinang dengan Kemudahan yang terbaik

Projek pembesaran Empangan Mengkuang oleh kerajaan Persekutuan membabitkan kos RM1.2 bilion dijangka memberi manfaat kepada 1.69 juta penduduk Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata projek pembesaran empangan itu akan meningkatkan kapasiti empangan sebanyak tiga kali ganda.

Beliau berkata menerusi pembesaran empangan itu, seluruh penduduk Pulau Pinang akan dapat menikmati keperluan bekalan air mentah bersih khususnya pada musim kemarau.

“Apabila siap kelak, Empangan Mengkuang berkeupayaan menampung 73.5 meter padu berbanding 22 juta meter padu sebelum ini. Empangan ini akan berfungsi sebagai penyalur takungan air dan menyalurkannya ke loji rawatan Sungai Dua untuk kapasiti bekalan air mentah Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata selain meningkat kapasiti air dalam empangan, projek itu juga mampu meningkatkan penyaluran bekalan air mentah dari Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air Sungai Dua semasa musim kemarau.

Projek pembesaran Empangan Mengkuang yang dibahagikan kepada dua fasa itu bermula sejak 2011 seliaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dan dijadual siap sepenuhnya September ini sebelum diserah kepada kerajaan negeri.

Zainal Abidin berkata selaras dengan peningkatan penduduk Pulau Pinang, kerajaan persekutuan telah meluluskan projek pembesaran Empangan Mengkuang menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi memastikan bekalan air mentah di negeri itu mencukupi.

“Takungan air sedia ada di empangan ini memang tidak mencukupi untuk keperluan penduduk yang semakin bertambah dan demi rakyat, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan melalui Geran Persekutuan di bawah RMK10 bakal memastikan kemapanan bekalan air mentah di negeri ini melepasi 2020, “katanya.

Beliau berkata KETTHA berhasrat untuk menyerahkan fasa 1 yang telah siap tetapi kerajaan negeri enggan menerima projek itu secara berperingkat.

“Selepas siap nanti, keseluruhan projek itu akan diserah kepada PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) yang akan menguruskan operasi empangan itu,” katanya.

Selain berfungsi sebagai empangan, ia juga akan menjadi pusat rekreasi yang popular di daerah ini selepas siap kelak.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment