Friday 29 September 2017

Parti Lain Tak Kemuka Senarai Calon PRU-14 Kepada SPRM, Kecuali BN – Najib


KUALA LUMPUR, 29 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengesahkan bahawa Barisan Nasional (BN) telah menghantar sebahagian nama-nama calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasia (SPRM).

“Sebahagian nama-nama (calon BN) sudah ada pada SPRM, senarai tambahan boleh dikemukakan setelah kita pastikan nama-nama calon. Kita dah ada nama-nama calon tapi belum sampai ke peringkat kita nak mengesahkan dan sebahagian daripada nama-nama itu pun telah ada di tangan SPRM. Parti-parti lain tak kemukakan kepada SPRM, kecuali BN sahaja,” katanya yang juga Pengerusi BN.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn, malam ini.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengakui BN menjadi parti politik tunggal menghantar senarai nama calon PRU-14 kepada SPRM bagi memastikan setiap calonnya bebas rasuah.

Jelasnya, walaupun tiada keperluan untuk berbuat demikian usaha BN itu adalah langkah terbaik bagi memastikan calon yang disenarai tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah malah beliau mengakui bahawa SPRM sangat terbuka dan menggalakkan parti politik yang ingin menyertai PRU akan datang untuk menyaring calon mereka dari sudut rasuah dan salah guna kuasa. 

0 comments:

Post a Comment