Thursday, 7 September 2017

Pemuda Desak ASEAN Berhenti Peluk Tubuh #tearsforRohingya


KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah mendesak ASEAN agar tidak terus berpeluk tubuh melihat pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya.

Jelas beliau, sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia perlu lantang menyuarakan isu kezaliman tentera Myanmar ini terhadap etnik Rohingya malah Kerajaan Malaysia juga harus ke hadapan dan mengetuai gerakan di peringkat negara ASEAN, OIC dan PBB.

Tegasnya lagi walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil tetapi mempunyai hati dan berjiwa besar terutama dalam isu keamanan sejagat.

“Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengambil ketetapan dengan mendesak ASEAN dimana tidak boleh lagi hanya berpeluk tubuh melihat pembunuhan ramai ramai terhadap etnik ini.

“Oleh itu rakyat Malaysia bersolidariti dalam isu Rohingya ini malah telah beberapa kali menyatakan ketetapan dalam isu ini agar kekejaman terhadap Rohingya ini di hentikan atas nama keamanan sejagat.

“…namun malangnya kerajaan Myanmar dilihat tidak mengambil tindakan dalam isu ini malah dilihat menutup mata dalam isu kezaliman terhadap Rohingya,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Selain itu beliau turut mencadangkan kepada kerajaan Norway untuk menarik balik Nobel Peace Prize Aung San Suu Kyi yang di lihat diam dan berpeluk tubuh dalam isu keamaan sejagat ini.

“Kami mohon rakyat Malaysia untuk bangkit bagi menghentikan kekejaman pembunuhan beraramai-ramai terhadap Etnik Rohingnya ini dan semuanya perlu bermula hari ini,” tegasnya.

0 comments:

Post a comment