Monday 11 September 2017

Pemuda UMNO Kecam Kenyataan Matthias Chang


KUALA LUMPUR, 11 Sep – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Haji Abu Hanifah hari ini mengecam dan membantah kenyataan Matthias Chang yang mengeluarkan kenyataan ‘Utamakan Allah, Bukan Utamakan Najib, Utamakan Allah Bukan Parti UMNO’.

Ujar beliau, sebagai umat Islam adalah wajib bagi semua umat mengutamakan Allah SWT dalam kehidupan.

“Tetapi bagi saya, bila ianya disambung dengan kenyataan provokasi politik kebencian..ini yang wajib kita sebagai umat Islam kecam dan bantah.

“Video durasi lebih 50 minit tu lebih menunjukkan secara jelas beliau merupakan ‘Barking Dog’ bagi ‘Top Dog’ dalam pakatan menyalak tanpa arah tuju.

“Kenyataan beliau yang mengatakan Amerika sebagai ‘Bastard’ dan Presiden Amerika Donald Trump ‘Stupid’ jelas menunjukan beliau tidak matang dan profesional malah ianya boleh menganggu-gugat hubungan bilateral di antara Malaysia dan Amerika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ‘Barking Dog’ ini telah beberapa kali menjatuhkan imej dan maruah negara baik di dalam dan luar negara dalam gerakan ciptaan ‘Top Dog’ bagi menghasut rakyat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan ekonomi negara.

“Matthias Chang ‘the Barking Dog’ mengeluarkan kenyataan ini sempena lawatan rasmi Najib ke Amerika.

“Saya harap pihak berkuasa #PDRM dan #SKMM boleh mengambil tindakan atas ucapan provokasi beliau yang disebar melalui laman ‘facebook’ Lemuria Pohnpei bertarikh 9 Septemper baru-baru ini pada jam 3.44 petang.


“Kenyataan beliau jelas satu ucapan hasutan kebencian yang boleh mencetus dan mencemarkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika,” tegasnya lagi.

Justeri itu, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) itu menyeru rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bersama-sama mengecam tindakan Matthias Chang itu yang terbukti mampu mengganggu-gugat keharmonian rakyat negara ini.

0 comments:

Post a Comment