Tuesday 26 September 2017

Petrol Percuma Bukan 'Gula-Gula' Pilihanraya


Pulau Pinang 25 Sept - Pemuda UMNO negeri menyelar pihak yang menyifatkan sumbangan minyak petrol percuma di seluruh negara oleh parti itu sebagai 'gula-gula' kononnya untuk mempengaruhi masyarakat menyokong parti berkenaan.

Ini kerana , Ketua Pemudanya , Rafizal Abdul Rahim berkata  , UMNO menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat di seluruh negara tanpa mengira waktu sama ada sebelum atau selepas pilihanraya umum.

Dalam program pemberian petrol percuma , katanya , ketidaktentuan harga pasaran minyak yang menjejaskan masyarakat khususnya golongan belia menjadi faktor pihaknya mengadakan program tersebut selain sebagai salah satu medium mendekati masyarakat.

"Ini bukan gula-gula tetapi kita pelbagaikan bentuk dan konsep bantuan kerana sebelum ini bantuan kita berbentuk keperluan asas seperti minyak masak dan beras.

"Tidak kira apa kritikan orang di luar sana , Pemuda UMNO khususnya di negeri ini akan teruskan program sama bagi membolehkan lebih ramai mendapat manfaat," katanya selepas menghadiri program sumbangan minyak petrol percuma anjuran Pemuda Bahagian Bayan Baru di sini semalam.

Program yang memberi manfaat kepada hampir 1,000 penunggang motosikal itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru , Datuk Ir. Mansor Muda dan Ketua Pemudanya , Wandi Yaacob serta 30 sukarelawan.

Program membabitkan kos sebanyak RM5,000 itu juga memberi peluang kepada orang ramai menikmati minuman 100 Plus yang disediakan secara percuma.

Sementara itu , wandi berkata , program yang bermula pukul 2 petang itu diyakini dapat merapatkan hubungan Pemuda UMNO bahagiannya selain menunjukkan keprihatinan mereka terhadap golongan sasaran.

"Walaupun bantuan tidak besar , kita percaya program seumpama ini mampu memberikan makna kepada orang ramai yang hadir dan mengurangkan bebanan kos sara hidup mereka," katanya. - utusan

1 comments:

  1. Perkhidmatan Gigolo !!! WhatsApp (+60 19‑629 1194) DIJAMIN GULA KAYA YANG SANGAT DADDY AND MUMMY / GAY / LESBIAN !!! Adakah anda memerlukan ayah / ibu gula untuk mendapatkan perkhidmatan? Hubungi Ejen Fatimah WhatsApp (+60 19‑629 1194) Anda melakukan hubungan seks dengan mummy dan anda dibayar untuk perkhidmatan anda !!! RM5000-8000 dua kali dalam seminggu dan hanya membayar yuran pendaftaran rm1200 sebelum hookup. Sugar mummy / daddy dari MALAYSIA / SINGAPURA ????

    ReplyDelete