Thursday 14 September 2017

PM Najib Sedih Kebakaran Pusat Tahfiz


KUALA LUMPUR, 14 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan lebih 20 nyawa awal pagi ini.

“Innalillah… Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Perdana menteri masih berada di iuar negara selepas melakukan lawatan kerja di Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump.

Setakat 10.30 pagi, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.15 pagi, memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan pusat tahfiz tiga tingkat berkenaan, di Jalan Keramat Hujung, di sini.

Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera.

0 comments:

Post a Comment