Pandangan mengenai Belanjawan Pakatan Harapan 2018.
1) PH menyatakan akan menghapuskan GST tetapi di dalam penerangan belanjawan mereka menyatakan akan ubah kepada “pra-GST”. Persoalanya adakah GST akan di kekalkan dan hanya sekadar mengurangi peratusan GST atau ianya betul-betul di hapuskan? Sekiranya dihapuskan sistem apakah akan di guna pakai?
2) Dengan penghapusan GST hasil cukai penggunaan akan menurun daripada RM 42 bilion kepada RM 16 bilion. Atas alasan lebihan aliran tunai ke atas pengguna, PH menjangkakan peningkatan 20% jumlah duti import dan duti eksais kenderaan bermotor (RM 1.43 Bilion) , 20% lagi pembelian hartanah daripada hasil cukai RPGT (RM 0.30 Bilion) dan penjimatan rasuah sebanyak RM20 bilion. Item-item ini dimasukan dalam item fiskal bagi membantu penguranggan pendapatan GST.
Saya tidak mahu pergi lebih lanjut cukup untuk kita lihat sahaja 3 item fiskal ini.
PENINGKATAN 20%
3) Pertama sekali, sistem pengiraan apakah yang diguna pakai untuk menjangkakan semua sektor meningkat 20%? Kita tidak boleh menjangkakan pengguna membelanjakan semua wang lebihan yang ada kerana pengguna juga akan membuat simpanan.
HASIL CUKAI RPGT
4) Cukai RPGT hanya akan di cukai kan sekiranya transaksi jual tanah berlaku dan ianya hanya akan di kenakan cukai sekiranya penjualan kurang dalam tempoh 5 tahun. Ada dua kelemahan jangkaan belanjawan di sini pertama sekali seandainya berlaku peningkatan pembelian tanah atau perumahan ia tidak bermaksud mereka akan menjual tanah pada tahun yang sama.
Kedua, apabila pengguna mempunyai “purchasing power” mereka lebih cenderung untuk tidak menjual tanah tersebut dan menyimpan aset itu melebihi 5 tahun bagi mengelak cukai RPGT. Untuk menjangkakan hasil cukai RPGT meningkat 20% sekiranya aliran tunai meningkat adalah tidak munasabah.
5) Penjimatan rasuah dan pembaziran sebanyak RM20 Billion di masukan sebagai item fiskal belanjawan PH. Ia tidak konkrit untuk di masukan dalam item fiskal. Pertamanya, jumlah RM20 Bilion adalah jumlah yang sangat banyak malah tidak spesifik siapa sahaja boleh melontorkan jumlah tersebut (budak sekolah pun boleh bagi anggaran sebegini).
Kedua, di dalam Belanjawan PH menyatakan bahawa pembelanjaan di bawah JPM akan di turunkan daripada RM20.8 Bilion kepada RM8.4 Bilion sebanyak RM12.4 Bilion di kurangkan. Persoalanya, adakah staff kerajaan akan dikurangkan? Peluang perkerjaan dikurangkan? Bagaimana pula dengan kualiti kerja dan implimentasi program-program kemasyarakatan sekiranya jumlah sebanyak RM12.4 Bilion itu dikurangkan?
Kesimpulanya, belanjawan PH ini tidak konkrit, tidak ada unsur profesionalisma dan anggaran yang tidak nyata. Mudah untuk mereka meletak anggaran dan memberi janji-janji manis kerana ia hanya lah rektorik untuk menawan Putrajaya.
Ahmad Syazwan Shah
Pengerusi Kelab Umno London
0 comments:
Post a Comment