Thursday 5 October 2017

Beranikah Mejar Zaidi Minta Guan Eng Berhenti….


PERMATANG PAUH, 5 Okt – Kalau nak buat satu perkara jangan ‘double standard’… kalau baru satu laporan (laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB), sudah minta dikenakan hukuman maka bagaimana dengan Lim Guan Eng… adakah Mejar Zaidi berani suruh Guan Eng berhenti sebagai Ketua Menteri kerana dia sudah diheret ke mahkamah berkaitan isu rasuah, bidas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang Mejar Zaidi Ahmad yang sekali lagi hadir dalam sesi dialog Perjuangan4all yang diadakan di Wisma UMNO Permatang Pauh malam tadi.

“Orang hati keras ni cakap apapun tak guna.. bila ‘keras keng’ ( degil), ‘royak’ (cakap) apapun dia takkan faham maka jangan jemu untuk beritahu sambil berdoa agar pintu hati Mejar Zaidi terbuka.

“Malam tadi di Balik Pulau saya sudah terangkan, kalau nak tegur, tegur dengan ilmu dan fakta.. bukan dengan sentimen.

“Kalau samar-samar tentang undang-undang Amerika, saya cadangkan Guang Eng bagi biasiswa (untuk Mejar Zaidi) untuk pergi belajar… kemudian balik baru tanya saya lagi,” ujar Annuar.

Annuar turut mengajak orang ramai untuk berfikir secara matang berkaitan tuduhan-tuduhan pembangkang tentang isu 1MDB.

Ujarnya, menurut laporan yang dibuat di Amerika Syarikat, wang RM2.6 bilion dikatakan adalah wang curi daripada 1MDB dan bukannya duit derma daripada kerajaan Arab Saudi, jika hal ini adalah benar maka mana mungkin Raja Arab Saudi datang ke Malaysia bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Katalah Malaysia atau Datuk Najib guna pakai nama kerajaan Saudi berkaitan isu wang derma ini… mana mungkin menteri luar Arab Saudi mengesahkan perkara tersebut ketika ditanya oleh pemberita kerana mengikut rekod memang wang tersebut ada diberikan kepada Datuk Najib.

“Kalau sudah Malaysia ni tipu guna nama Saudi sedangkan Arab Saudi tak bagi duit.. adakah kemungkinan Raja Saudi nak datang ke Malaysia dan jumpa Najib.

“Serupa bila orang cakap dan percaya laporan DOJ adalah fakta dan benar… tapi Datuk Najib tidak kena tangkap pun bila ke sana baru-baru ini.

“Jadi antara kebenaran dan kebatilan, fikir-fikirkanlah,” tegasnya.

0 comments:

Post a Comment