Tuesday 24 October 2017

Datuk Bandar & MBPP Perlu Bertanggungjawab Kes Tanah Runtuh #TanjungBungah


Pulau Pinang - Pihak terlibat khususnya Datuk Bandar dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang seharusnya tidak bersikap lepas tangan dalam insiden tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang telah mengorbankan nyawa. 

Datuk Musa Sheikh Fadzir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap  Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata Datuk Bandar tidak boleh lepas tangan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak boleh lepas tangan, ini merupakan satu perkara yang serius lebih daripada 10 orang telah terkorban.

Tambah beliau dalam proses untuk merancang dan membina satu-satu pembangunan itu semua pelan 'approval' dan pelan perancang pembangunan di hantar kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mendapatkan kelulusan.

"Jadi Datuk Bandar sendiri kata ianya diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) , maknanya OSC bertanggungjawablah , maknanya Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertanggungjawab dengan perkara ini." 

Selain daripada itu Datuk Musa menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menubuhkan jawatankuasa khas siasatannya sendiri berhubung kejadian tersebut.

Katanya KPKT tetap mempunyai tanggungjawab berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) walaupun masing-masing menerima arahan daripada pihak kerajaan negeri.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi Sabtu 21 Oktober 2017 , 14 buruh binaan yang sedang bekerja di lereng bukit di Lembah Permai, Tanjung Bungah tertimbus akibat tanah runtuh yang menimpa mereka dari kecerunan kira-kira 35 meter dari lokasi tapak mereka bekerja.

0 comments:

Post a Comment