Sunday, 22 October 2017

Kejadian Tanah Runtuh Tanjung Bungah : 'Henti Projek Serta-Merta'


BARISAN Nasional gesa kerajaan negeri henti semua projek yang dilakukan di lereng bukit di negeri ini, serta-merta.

ADUN Pulau Betong Datuk Muhamad Farid Saad berkata, beliau sudah menghantar usul itu untuk sidang DUN akan datang dan mendesak kerajaan negeri memandang serius terhadap kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah.

"Mengambil kira rungutan dan keluhan rakyat Pulau Pinang yang terkesan secara langsung akibat bencana yang kerap berlaku kebelakangan ini, kita harap semua pembangunan di lereng bukit diberhentikan serta merta.

"Semua pembangunan ini perlu dihentikan sehingga pihak pemaju menyediakan pelan penyuraian air dan pelan pengukuhan tanah dan lereng bukit yang berkait secara langsung dengan cadangan pembangunan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbuskan 11 pekerja di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, semalam.

Menurutnya, semua pembangunan di tanah bukit melebihi 75 meter tidak dibenarkan dan tidak diluluskan dalam keadaan apa sekalipun.

"Sebarang kelulusan untuk pembangunan hendaklah selaras serta mematuhi Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 yang digubal pentadbiran terdahulu dan masih menjadi asas kepada perancangan kerajaan negeri sekarang sehinggalah RSNPP baru diluluskan," katanya. - Metro

0 comments:

Post a comment