Saturday, 21 October 2017

Kenyataan Media Ketua Pergerakan Pemuda UMNO P.Pinang Berkenaan Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah Yang Mengorbankan Nyawa


Kenyataan Media Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin mengutuskan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa tanah runtuh di Tanjung Bunga Pulau Pinang pagi ini. 

Kejadian malang ini tidak sepatutnya berlaku jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendengar teguran dan nasihat daripada Rakyat Pulau Pinang, malah ADUN Tg Bunga telah berapa kali menyatakan kerisauan beliau terhadap pengondolan Bukit Dan Cerun di negeri ini. 

Jikalau Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendengar nasihat, pandangan dan teguran kami, berkemungkinan perkara ini dapat di elakkan. Malang sekali sikap degil dan tamak Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengakibatkan beberapa nyawa telah terkorban pada hari ini. Inilah akibatnya apabila keutamaan Kerajaan Negeri adalah mengaut keuntungan  dan bukan menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang perlu mengambil sepenuhnya tanggungjawab diatas kejadian malang ini tanpa menunding jari kepada pihak lain. 

Pemuda UMNO Pulau Pinang sekali lagi mengulangi desakan kami agar Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan berikutan kes kejadian tanah runtuh ini selain daripada beliau berdepan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah.

Sekian Terima Kasih

Rafizal Abd Rahim
21 Oktober  2017

0 comments:

Post a comment