Monday 23 October 2017

Kerajaan DAP Perlu Benarkan Badan Bebas Audit Semua Projek


Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, bagi pihak Kerajaan Persekutuan merakamkan rasa sedih dengan kejadian tanah yang berlaku di tapak pembinaan di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang melibatkan kehilangan 11 nyawa pada Sabtu, 21 Oktober 2017. MTPNPP mengucapkan Takziah kepada keluarga semua magsa terlibat.

2. Kenyataan Media oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang memaklumkan bahawa projek perumahan di Lembah Permai, Tanjung Bunga itu TIDAK mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar adalah sangat mengejutkan. Apakah Pihak Berkuasa Negeri, samada OSC atau Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) telah mengenepikan pandangan jabatan-jabatan teknikal semasa memberikan kelulusan itu pada 10 Februari 2015?

3. Kita amat hairan bagaimana satu projek yang telah tidak disokong oleh sebuah jabatan teknikal masih diberi kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Seharusnya tiada kelulusan untuk sesuatu permohonan Kebenaran Merancang jika tidak mendapat sokongan SEMUA jabatan teknikal yang terlibat.

4. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa segera menubuhkan satu Badan Bebas untuk mengaudit semua kelulusan projek-projek pembangunan di kaki, lereng dan cerun bukit yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di seluruh negeri Pulau Pinang.

5. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mengambil tanggungjawab dan akauntabel di atas kecelakaan melibatkan kehilangan 11 nyawa yang telah berlaku pada Sabtu lalu akibat keangkuhan mereka telah mengenepikan pandangan Jabatan Alam Sekitar. Kecelakaan yang berlaku bukan satu kemalangan biasa di tempat kerja. Ia tidak mungkin berlaku sekiranya projek pembinaan ini tidak diluluskan.

6. Kita minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang hentikan amalan menyalahkan orang lain di atas setiap kecelakaan yang berlaku di Pulau Pinang sejak mereka menjadi Kerajaan Negeri. Sudah lebih SEMBILAN tahun DAP jadi Kerajaan Negeri. Belajarlah jadi Kerajaan yang bertanggungjawab, jangan berterusan menjaja slogan Kompeten, Akauntabel dan Telus yang KOSONG.

7. MTPNPP mengucapkan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangs dalam tragedi runtuhan cerun itu.-Agenda Daily

Dato' Sri Zainal Abidin Osman merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang

0 comments:

Post a Comment