Saturday 21 October 2017

Lim Kit Siang Wajar Cermin Diri


Ramai yang puji ketegasan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang tidak membenarkan wartawan portal pembangkang Malaysiakini hadir di sidang medianya semalam.

Namun macam biasa, 'dinasour' politik DAP Lim Kit Siang menyerang Khairy sebagai menteri 'double standard' ekoran tindakannya.

Menjawab tuduhan Kit Siang, Khairy berkata mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau dan juga anaknya, Lim Guan Eng pernah melakukan perkara yang sama kepada beberapa organisasi media.

"Mungkin dia lupa, anak dia pun biasa menghalang media untuk buat liputan dan hadiri sidang media di Dewan Undangan Pulau Pinang. Sayu ketika dahulu Utusan Malaysia, TV3 dan Media Prima tidak dibenarkan (membuat liputan).

"Jadi, siapa yang double standard? Kenapa nak tegur saya? Anak sendiri buat tak apa, saya buat tak boleh. Jadi saya tidak mahu ulas panjang mengenai hal ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Khairy, pihaknya turut meminta wartawan portal lidah pembangkang itu meninggalkan sidang media dengan cara yang sopan tanpa mengaibkan mana- mana pihak.

"Saya minta pegawai saya bercakap dengan pihak Malaysiakini untuk beredar dengan cara yang sopan. Bukan macam dia, dia pernah jerit pada TV3 dan Utusan Malaysia. I know... dia jerit pada media yang dia tak suka.

"Kita tak buat macam tu sebab saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak dengan cara yang tak sopan. Jadi kita minta mereka beredar dari majlis," katanya.

Ujarnya lagi, pihaknya bertindak sedemikian bagi mengawal dan mengenalpasti siapa yang hadir dalam sidang media berkenaan.

"Saya cuma ingin pastikan liputan yang dibuat pada sidang media saya di bawa dengan tepat. Itu sahaja.

 "Saya tiada masalah dengan portal lain seperyi Free Malaysian Today (FMT), The Malaysian Insight (TMI) portal yang dahulu bankrap sekarang dah ada semula. Saya tiada malasah dan portal boleh tulis apa yang mereka mahu.

 "Begitu juga dengan Malaysiakini, saya tiada masalah. Saya tidak akan minta kita banned portal tersebut, tapi sidang media saya...saya nak pastikan maklumat yang saya berikan tepat. Mereka boleh ambil berita dari Bernama.

"Tapi masalahnya mereka datang dan beri soalan, mereka akan ambil sepotong ayat yang saya sebut dan jadikan sebagai berita yang tak tepat atau fake news," tegasnya.

Khairy turut mengingatkan Kit Siang untuk tidak menuding jari kepadanya, bahkan pemimpin DAP itu perlu ingat kembali apa yang telah dibuat olehnya kepada pengamal media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kit Siang yang terkejut dengan tindakan pegawai khas kepada Khairy yang dilaporkan menghalau petugas Malaysiakini daripada membuat liputan di majlis yang dihadiri Menteri itu.

Menurut Kit Siang, tindakan itu sangat mengejutkan kerana ia dilakukan oleh individu yang diangkat UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai ikon kepada anak muda serta pernah bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sebelum mencecah umur 40 tahun. -Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment