Friday 6 October 2017

NCER - Usaha Terus Di Pergiat Tarik Pelabur Ke Malaysia


Sebagai sebuah kerajaan yang komited dalam menguruskan pembangunan negara , usaha berterusan khususnya dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara sentiasa menjadi keutamaan.

Northern Corridor Economic Region (NCER) sedang giat berusaha untuk mendapatkan syarikat yang berpengkalan di USA ini untuk mengembangkan lagi pelaburan mereka di Koridor Utara.

Daruk Seri Zainal Abidin Osman (gambar) menghadiri mesyuarat dan lawatan ke syarikat dan kilang First Solar di Ohio , USA.

Syarikat tersebut telah melabur RM6.6 bilion di Kulim High Tech dengan jumlah pekerja melebihi 3 ribu orang.

Selain daripada itu seramai 170 orang jurutera dan juruteknik dari Malaysia telah dihantar ke Ohio pada tahun ini bagi menjalani kursus kemahiran.

Satu perkembangan yang cukup baik khususnya mereka-mereka yang berada dalam Koridor Utara kerana kerjasama sebegini telah memberikan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment