Wednesday 4 October 2017

‘Orang Suruhan’ Dap, PPBM Kena Sekolah Di Balik Pulau


BALIK PULAU, 4 Okt – Renung jawapan yang diberi ‘dengan mata hati bukan dengan sentimen’ ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa ketika menjawab persoalan ahli Dap, Mejar Zaidi Ahmad berkaitan 1MDB.

Jawapan tersebut menggamatkan dewan ditambah lagi apabila Annuar turut membidas Mejar Zaidi dan menyarankan agar Dap menaja beliau untuk belajar tentang undang-undang sebelum bercakap sesuatu yang diri sendiri tidak tahu.

Selain Mejar Zaidi turut hadir adalah ahli PPBM yang bertanyakan soalan provokasi berkaitan harta yang dibekukan di luar negara.

“Pucuk dicita ulam mendatang… inilah yang saya tunggu.. terima kasihlah sudi datang dan bertanyakan soalan.

“Tapi yang menjadi masalah adalah apapun yang kita terangkan kalau tidak mahu terima tetap tidak akan terima.

“Kita sudah terangkan 1MDB… telah jawab berkali-kali tapi kalau tidak terima dengan mata hati maka ia terus dijadikan modal politik untuk kelirukan rakyat,” ujarnya.

Program Bicara Minda dan Dialog Perjuangan4All di Balik Pulau menjadi hangat apabila sesi soal jawab turut disertai oleh ahli pembangkang dan persoalan yang diajukan dijelaskan secara terperinci oleh Annuar serta berada di dalam suasana yang cukup harmoni.

Jawapan Annuar ternyata mendapat tepukan gemuruh dari para peserta.

Saksikan video soal jawab tersebut di bawah ini.




0 comments:

Post a Comment