Friday 13 October 2017

Tahu Ke Apa Itu Kleptokrasi?


KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO secara sinis menegur Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana mahu me­nganjurkan perhimpunan kononnya bertemakan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebaliknya me­lontarkan pertanyaan sama ada mereka benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan kleptokrasi itu.

Annuar menjelaskan bahawa kleptokrasi merupakan suatu bentuk undang-undang sedang diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) supaya pendakwaan sivil boleh dibuat di mahkamah terhadap institusi-institusi negara itu yang dikhuatiri terlibat dalam kegiat­an tidak sah seperti pengubahan wang haram.

Katanya, jika perhimpunan ter­­sebut bertujuan mahukan un­dang-undang kleptokrasi itu di­laksanakan di Malaysia, pemim­pin pakatan berkenaan boleh mem­bawanya ke Parlimen dan beliau akan memberikan sokongan.

Menurutnya, apabila terdapat undang-undang kleptokrasi, maka sebuah rumah di Pulau Pi­nang yang tidak ada kolam renang boleh dibekukan, begitu ju­­ga aset seorang pemimpin yang didakwa seorang penulis blog menerima RM1 bilion turut boleh dibekukan.

“Di bawah undang-undang kleptokrasi, aduan sudah cukup untuk tindakan dijalankan. Rugi kita tidak ada undang-undang itu, kalau ada, pemimpin didakwa menerima RM1 bilion itu sebahagian asetnya sudah boleh dibekukan dulu, sementara (tunggu) mahkamah kata salah atau tidak.

“Dalam erti kata lain, mereka ini faham ke apa itu kleptokrasi? Perhimpunan itu tidak lebih hanya untuk meneruskan strategi besar mereka untuk membunuh karakter politik pemimpin negara sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam si­dang akhbar selepas menjadi pa­nel dalam program Diskusi UMNO Online: Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Golongan Muda Anti-Establishment? di sini hari ini.

Dalam pada itu, Annuar yakin­ perhimpunan tersebut bakal me­n­jangkau kehadiran Fastaqim 2.0 anjuran Pas dan dihadiri 2.5 juta penyokong tegar pakatan ber­kenaan.

Katanya, Presiden PAN, Moha­mad Sabu akan mengerahkan seluruh ahli partinya yang didakwa mencecah 500,000 ora­ng turun manakala Koordinator­ Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pula dijangka membawa lebih satu juta penyokong deklarasi. - utusan online

0 comments:

Post a Comment