Thursday 9 November 2017

Asingkan Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu milik


PULAU PINANG - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sehingga kini tidak mengasingkan permohonan rumah kos rendah daripada tiga rumah mampu milik yang lain.

Datuk Dr. Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, permohonan yang selama ini dibuat menerusi Borang PN1 iaitu Permohoanan Satu Unit Rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Mampu Milik menetapkan syarat yang sama.

“Sepatutnya ketegori pemohonan rumah kos rendah tidak menetapkan kriteria sama dengan rumah mampu milik yang lain dan kita minta kerajaan negeri menilainya semula,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo memberitahu, kegagalan permohonan pinjaman bank komersial untuk perumahan rakyat negeri ini adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Jelasnya, pihaknya hanya mengeluarkan surat tawaran sebelum pembeli dan pemaju menandatangi Pernanjian Jual Beli (SNP) selepas permohonan 10 peratus pembiayaan perumahan bank diluluskan.

“Namun, kita akan mempertimbangkan cadangan pengasingan kategori rumah mampu milik itu dan akan mengkajinya semula untuk melaksanakan kaedah berkaitan,” jelasnya. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment