Friday 3 November 2017

Bajet 2018 Kerajaan DAP P.Pinang Sengaja DiLebih-Lebihkan


PULAU PINANG 2 Nov. – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoal Bajet 2018 Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini yang disifatkan sengaja dibuat secara berlebih-lebih untuk menunjukkan keberkesanan pengurusan kewangan.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit seolah-olah untuk menunjukkan kononnya kerajaan negeri berjimat-cermat sedangkan tindakan tersebut hanya memanipulasi angka.

“Selama hampir 10 tahun DAP memerintah negeri ini, belanjawan mereka akan dinaikkan supaya terdapat lebihan pada akhir tahun dan kononnya nanti ada penjimatan,” katanya yang juga ADUN Teluk Air Tawar kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2018 Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyaksikan bajet defisit buat kali ketujuh berturut-turut dengan anggaran RM748.5 juta berbanding RM667.1 juta tahun ini.

Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Datuk Dr. Muhamad Farid Saad pula mempersoalkan pengumuman bonus sebanyak RM2,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri ini yang akan diberikan hujung tahun ini.

“Ini pertama kali saya dengar peruntukan untuk tahun hadapan diberikan tahun ini, adakah kerajaan negeri sengaja mahu memperlekehkan Kerajaan Pusat dan seolah-olah mahu tunjuk hebat?” katanya. - utusan online

0 comments:

Post a Comment