YB Datuk Shah Headan Ayoob, Adun Teluk Bahang dalam kenyataannya kepada media berkenaan ucapan penggulungan oleh Ketua Menteri yang begitu singkat berkata banyak isu sebenarnya yang mahu dibangkitkan oleh wakil-wakil dari Barisan Nasional selaku barisan pembangkang di negeri Pulau Pinang.
Kalau kita perhatikan sejak 2008 sehingga kini bajet kerajaan negeri selalunya defisit dan bermula dengan defisit.
YB Shah Headan mengambil contoh bajet kerajaan negeri pada tahun ini, bajet haruslah merujuk kepada unjuran pendapatan dan pendapatan dalam bajet kerajaan negeri Pulau Pinang yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada kali ini hanyalah RM500 juta.
Selepas membandingkan keseluruhan bajet yang dibentangkan jumlah defisit mencecah RM784 juta dan sudah tentulah ianya akan disoal oleh wakil daripada Barisan Nasional.
"Kalau kerajaan negeri cakap bajet ini jadi 'surplus' (lebihan), kita mahu tahu kontrak mana yang dijimatkan, bagaimana kerajaan negeri lakukan sebab kalau mengambil kira 'simple calculation' kerajaan negeri telah menjimatkan 61% dari tiap-tiap tender yang kerajaan negeri berikan.
"Kerajaan negeri juga perlu memaklumkan berapa projek daripada tahun sebelumnya yang tidak digunapakai yang dimasukkan balik sehingga menjadi lebihan.
"Ini semua kita tak dapat".
"Hari ini kita nak tanya hal-hal ini sebab dah tahun terakhir, bila dah berhenti secara mendadak dan tiba-tiba landing jadi saya rasa bajet tahun ini amat mengecewakan".
YB Farid Adun Pulau Betong kemudiannya menambah bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang kali ini cuba untuk melarikan diri dan mengelak.
"Isu kita panjang, cuma dia panjangkan ucapan mula dia tu dengan banjir lepas tu sedikit sahaja tentang isu kewangan, padahal pada tahun ini sesi ini kita membincangkan tentang bajet sebeb itu semua orang menunjukkan tentang bajet".
Farid berkata wakil Barisan Nasional tidak sempat untuk bertanya soalan padalah beliau dan YB Shah Headan sudah menunggu di dewan untuk bertanyakan soalan.
0 comments:
Post a Comment