Tuesday, 14 November 2017

Kita Bersuara Bukan Hanya Untuk BN, Tetapi Untuk Rakyat Pulau Pinang


Wakil-wakil Barisan Nasional di ketuai YB Datuk Jahara Hamid selaku Ketua Pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekali lagi menyuarakan isu-isu penting dan kritikal untuk negeri Pulau Pinang.

Tindakan ini dibuat bukan hanya untuk Barisan Nasional tetapi untuk seluruh rakyat negeri Pulau Pinang.

Jahara dalam kenyataannya menyentuh tentang kejadian banjir besar yang berlaku di negeri itu bukan sekadar berlaku akibat daripada hujan lebat tetapi ianya disebabkan beberapa faktor yang lain seperti kesan pembangunan terhadap alam sekitar.

Dalam kenyataan tersebut, Jahara turut menyentuh tentang laporan audit negara tahun 2016 dan juga laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam negeri yang telah mengakui dan mengenal pasti banyak kawasan-kawasan hutan simpan, kawasan lereng bukit yang telah diterokai secara haram.

Selain daripada itu kelulusan-kelulusan pembangunan yang begitu banyak telah didedahkan oleh banyak pihak termasuk NGO-NGO.

Banyak lagi perkara disentuh oleh Ketua Pembangkang, ikuti kenyataan penuh dalam video dibawah ;

0 comments:

Post a comment