Thursday 16 November 2017

Rasuah Dalam Industri Pelancongan Pulau Pinang ?


Kerajaan negeri Pulau Pinang mengakui bahawa pelancongan merupakan antara industri yang menyumbang kepada ekonomi negeri tersebut.Hal ini sudah dinyatakan berkali-kali termasuklah pada setiap kali Sidang Dewan Undangan Negeri dijalankan.

Dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ke-13 yang berakhir pada 14 November 2017 Selasa yang lalu, wakil BN Teluk Bahang, YB Shah Headan Bin Ayooh Hussain Shah dalam ucapannya berkata pelancongan adalah nadi pembangunan dan enjin bagi memacukan ekonomi negeri Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun beliau melahirkan rasa terkejut dengan satu laporan daripada 'Malaysia Outlook' yang menyatakan bahawa Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, YB Danny Law Heng Kiang, Adun Batu Lanchang dari DAP berkata "kickbacks as something normal in generating business within tourism industry" satu kenyataan yang seolah-olah membuktikan berlakunya amalan rasuah dalam industri tersebut.

Bahkan YB Batu Lanchang juga menyatakan bahawa ianya telah menjadi amalan sejak 30 tahun yang lalu.

Malaysia Outlook pada Ogos 2017 yang lalu telah menyiarkan artikel berkenaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengambil sikap membisu terhadap isu pemberian sogokan atau insentif dalam industri pelancongan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pulau Pinang, Danny Law dilaporkan berkata pemberian 'kickbacks' adalah sesuatu yang normal dalam menjana perniagaan dalam industri pelancongan.

YB Teluk Bahang dalam sambungan ucapannya berkata "Saya berpendapat kenyataan tersebut memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat dan menjejaskan imej pelancongan negeri Pulau Pinang jika tidak diperjelaskan dan diberikan tafrifan yang betul".

Sementara itu Ketua Pembangkang, YB Datuk Jahara turut bangun mencelah dan memohon penjelasan berkenaan isu yang dibangkitkan oleh YB Teluk Bahang kerana beliau tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini.

YB Batu Lanchang kemudiannya berkata bahawa beliau tidak tahu menahu tentang isu yang dibangkitkan.

Serentak dengan itu YB Teluk Bahang kemudian membacakan kenyataan yang disiarkan oleh 'Malaysia Outlook' seperti mana yang dilampirkan dibawah ;

"The state has no say when it comes to the issue of giving kickbacks or incentives in the state tourism industry.

Penang Tourism Development, Culture, Arts and Heritage Committee chairman Danny Law in saying this described giving kickbacks as something normal in generating business within the tourism industry.

Asked to comment on an article by Malaysia Outlook which had highlighted the current state of the tourism industry in Penang." sambungan artikel yang disiarkan oleh Malaysia Outlook.

Berlaku perang mulut kemudiannya daripada beberapa wakil dari kedua-dua belah pihak sehinga speaker turut campur tangan.

YB Teluk Bahang dalam ucapannya menambah sekiranya YB Batu Lanchang tidak berpuas hati beliau perlu berhubung dengan pihak yang menyiarkan artikel terbabit dan akan menyerahkan salinan artikel tersebut untuk diteliti dan sekiranya ia tidak benar maka beliau perlu memperbetulkannya.

YB Batu Lanchang kemudiannya berkata "Saya pun tak ingat bila itu yang cakap, apa itu 'kickback' ?"

YB Teluk Bahang kemudiannya membalas dengan mengatakan bahawa beliau sendiri tidak tahu dan kerana itu beliau meminta penjelasan.

"Saya mahu menolong YB Danny, sekiranya telah menyebut sesuatu yang salah terhadap masyarakat, beliau harus memperbetulkannya". tegasnya lagi.

YB Teluk Bahang kemudiannya mencabar YB Batu Lanchang sekiranya beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian maka beliau perlu memaklumkan 'Malaysia Outlook' supaya ianya diperbetulkan atau mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyiarkan kenyataan tersebut.

0 comments:

Post a Comment