Wednesday 15 November 2017

Saya Tidak Menuduh Penerima Bantuan Banjir Perlu Mendaftar Ahli Parti


Sidang DUN Pulau Pinang yang berakhir semalam sedikit kecoh apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Adun Air Putih telah mencabar Ketua Pembangkang, YB Datuk Jahara Hamid yang juga Adun Teluk Air Tawar supaya membuktikan dakwaan Ketua Pembangkang dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia kerana ianya adalah satu tuduhan yang serius terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri dalam ucapannya meminta supaya Ketua Pembangkang membuktikan dakwaan yang mengatakan mangsa banjir yang memerlukan bantuan perlu mendatar sebagai ahli parti politik.

Menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang itu , YB Datuk Jahara dalam sidang media berkata Ketua Menteri begitu ghairah untuk mencari kesilapan sehingga beliau mempunyai prasangka buruk terhadap segala kenyataan yang dibuat oleh wakil Barisan Nasional.

Yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia adalah YB Datuk Jahara meminta supaya diperjelaskan kaedah permohonan bantuan kerana kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir bermula daripada RM400 kemudian RM500 dan sekarang tambahan lagi RM200.

Wakil Barisan Nasional itu berkata beliau mahu supaya kerajaan negeri menjelaskan kaedah dan prosedur yang ingin digunakan untuk memberikan bantuan tersebut

Malah Jahara turut berkata "Janganlah pula mereka minta mangsa banjir mendaftar sebagai ahli mana-mana parti" malah Utusan Malaysia dalam ulasan mereka menyatakan "difahamkan, orang ramai perlu mendaftar sebagai pengundi" ini merupakan prosedur yang telah dibuat untuk memohon rumah, untuk mendapatkan bantuan-bantuan di bawah program emas.

"Saya tidak menuduh mereka memaksa orang ramai yang nak mendapatkan bantuan untuk masuk sebagai ahli parti"

Beliau hanya menyarankan supaya syarat-syarat ini diperjelaskan dan supaya tidak dikenakan syarat-syarat yang menyusahkan orang ramai.

Tegas Jahara lagi, jika Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu mencari silap beliau boleh pusing dengan kenyataan dan tuduhan yang pelbagai.

0 comments:

Post a Comment