PULAU PINANG 2 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoal kerana dilihat gagal mendapatkan pandangan Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sesebuah kawasan sebelum melaksanakan projek pembangunan.
Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata, perkara itu sepatutnya perlu dilakukan sebelum Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meluluskan kerja-kerja tanah dan projek pembangunan bagi mengatasi bencana alam di negeri ini.
“Apabila mereka hanya mendapatkan pandangan lot berjiran dan bukannya JKKK serta ADUN, kita dapati keseluruhan bukit dibotakkan sepeti di kawasan Berapit yang menyebabkan banjir.
“Jadi, bolehkah kerajaan negeri menukar syarat dan prosedur sedia ada?” katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pagi ini.
Susulan itu, Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) yang juga Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu-lintas dan Tebatan Banjir berkata, dua pelan induk berkaitan perkara tersebut telah dirangka dan tiga yang baharu sedang dalam proses perbincangan.
“Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah kerja tanah seperti pertanian di kawasan lereng bukit yang menjadi punca banjir dan keadaan ini perlu dikawal rapi,” jelasnya. - utusan online
0 comments:
Post a Comment