Pulau Pinang - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, YB Wong Hon Wai dari DAP pagi ini dalam ucapannya di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang penggal ke - 5 kali ke 13 mengakui bahawa Wakil Rakyat bukanlah "superman" yang mampu untuk melaksanakan segala-galanya.
Pengakuan itu dibuat khusus terhadap permasalahan banjir paling kritikal yang dialami oleh negeri Pulau Pinang melibatkan semua 5 daerah.
Adun Air Itam itu mahukan supaya semua pihak bekerjasama bagi mengatasi masalah banjir dan menggesa supaya kerajaan negeri membuat persediaan awal dengan langkah-langkah yang lebih efisien.
Contohnya menghantar wakil-wakil menghadiri kursus pencegahan banjir dan urusan selepas kejadian banjir.Perkara ini dilihat penting kerana dengan sesi pembelajaran dan kursus seperti ini ianya akan dapat membantu semua pihak sekiranya kejadian sama berulang.
Kerajaan negeri Pulau Pinang juga digesa supaya menyediakan langkah-langkah menghadapi bencana bagi memastikan rakyat dapat dimaklumkan lebih awal bagi mengelak daripada berlakunya keadaan kelam kabut yang boleh membahayakan nyawa penduduk.
Adun Sungai Dua, YB Yusof Mohd Nor (BN) yang bangun mencelah turut menyatakan pandangannya supaya kerajaan negeri membuat persiapan awal supaya apabila berlakunya bencana banjir seperti mana yang berlaku baru-baru ini, segala proses bantuan dapat diseleraskan dengan baik khususnya oleh semua wakil rakyat di kawasan masing-masing.
Memetik ucapan perbahasan bajet 2018 oleh Ketua Pembangkang, YB Datuk Jahara Hamid berkata Pada 21 Oktober 2017, bumi bergegar tanah runtuh dan besi panas jatuh atas riba Kerajaan Negeri! Ketua Menteri cepat-cepat menangkis dan menyangkal kebertanggungjawaban dengan mengatakan ianya kemalangan di tempat kerja tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan!! 11 nyawa telah terkorban dan semua yang tinggal di kawasan projek lereng-lereng bukit terutama di Paya Terubong tidur tak lena, bimbang kemungkinan tragedi yang sama menimpa mereka! Siapa yang bersalah? Tak cukup dengan masalah banjir, air terjun teh tarik dan bukit gondol sekarang bahaya tanah runtuh dan memori tragedi Highland Tower menghantui pemikiran & perasaan rakyat Pulau Pinang.
Bila hujan lebat orang Pulau Pinang susah hati tambah-tambah yang tinggal di Jalan P Ramlee dan Couterhall. Tapi sekurang-kurangnya kawasan itu telah secara tradisi banjir. Sekarang kawasan-kawasan yang tak pernah banjir pun ditenggelami air bila hujan sikit. Kita dimaklumkan Pulau Pinang mengalami banjir kilat sebanyak 119 kali sejak 2013.
Sepuluh tahun kebelakangan ini, fenomena banjir seperti sungai teh tarik sudah menjadi air terjun teh tarik! Kawasan-kawasan taman dan pekan yang sebelum ini tak pernah banjir telah tenggelam bila saja hujan lebat telah mengejutkan rakyat Pulau Pinang. Banjir amat teruk menyebabkan kesengsaraan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu lintas, kehilangan produktiviti dan kekecewaan!
Setiap kali banjir disalahkan hujan lebat dan Kerajaan Negeri menyalahkan Kerajaan Pusat kerana lambat menyalurkan peruntukan untuk tebatan banjir. Memetik kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Wan Junaidi baru-baru ini berkata projek tebatan banjir tidak dapat menghentikan banjir tapi hanya boleh membantu mengurangkan kesan banjir kerana banyak lagi isu lain yang turut menyumbang kepada masalah itu! Beliau juga memberi amaran bahawa data taburan hujan pada masa kini juga tidak lagi dapat digunakan untuk projek tebatan banjir kerana corak taburan hujan telah berubah dalam beberapa tahun yang lalu.
Cadangan dan tuntutan oleh organisasi yang sayangkan Pulau Pinang supaya masalah banjir di Pulau Pinang di atasi amatlah bertepatan dan perlu diberi perhatian dan tindakan oleh Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri dalam keghairahan untuk membangunkan Pulau Pinang telah mengenepikan pandangan dan bantahan raktyat! Saya kasihan kepada YB Tanjung Bungah dan lain-lain YB Backbencher termasuklah YB Penanti yang tidak putus-putus bersuara tentang isu banjir dan masalah penduduk di Penanti, tapi Kerajaan Negeri dan PBT buat pekak! YB dulu terpaksa akur dengan arahan parti tak sokong usul kami, kali ini ikut kata hati “follow your conscience, sokong usul BN untuk menghentikan semua projek di lereng bukit dan mengkaji semula yang mana telah diluluskan. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat lagi utama! Ni Pulau Pinang, bukan Hong Kong!
Ucapan penuh perbahasan bajet 2018 oleh Ketua Pembangkang.
0 comments:
Post a Comment