Friday 22 December 2017

Agenda DAP Benamkan MCA & Gerakan Bermotif Politik Kuasa & Kepentingan Peribadi


Panel Program Diskusi Anda Tanya Kami Jawab anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pasca PAU2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan’ hari ini membuat kesimpulan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang mampu untuk membina masa depan negara yang cemerlang berbanding parti-parti politik di blok pakatan harapan yang ada di negara ini.

Malah, menurut anggota panel yang terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pegawai khas Perdana Menteri, Isham Jalil bersama Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sependapat bahawa pakatan harapan adalah terdiri daripada parti-parti yang tidak mempunyai masa depan jika dibandingkan dengan BN, berdasarkan segala kemelut dan permasalahan yang berlaku di kalangan mereka.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said beliau berpandangan bahawa rakyat telah mulai melihat agenda politik pihak pembangkang yang lebih bermotifkan kuasa demi kepentingan peribadi, dan telah mempergunakan rakyat untuk merealisasikan matlamat mereka itu.

“Kita lihat Dap hari ini sebagai contoh, tugas mereka ialah untuk membenam parti MCA dan Gerakan supaya mereka akhirnya akan menjadi wira bagi kaum Cina. Pemimpin Dap jangan sangka kaum Cina tidak dapat menghidu gerakan politik mereka untuk menguburkan dua parti kaum Cina yang berada di dalam BN hari ini.

“Apa yang Dap lakukan adalah semata-mata untuk muncul sebagai parti kaum Cina yang paling kuat di negara ini. Apabila mereka menjadi parti kaum Cina yang terkuat mengalahkan MCA dan Gerakan, maka sudah tentulah kuasa yang menjadi matlamat utama mereka.

“Bukan sesuatu yang mustahil satu hari nanti, Dap akan mengharapan BN atau UMNO, bagi terus memperkukuhkan kuasa dan pengaruh mereka di kalangan orang Cina sendiri,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment