Saturday 9 December 2017

Ahli UMNO Mesti Bersatu & Setia - Datuk Musa Sheikh Fadzir #PAU2017


Mengulas ucapan dasar presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, Datuk Musa Shiekh Fadzir selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang melihat ianya lebih kepada soal penyatuan dalam parti keramat orang Melayu itu sendiri.

Menurut beliau ahli-ahli UMNO perlu bersatu untuk memastikan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional menghadapi PRU ke-14 mampu membawa kejayaan.

"Apabila kita bersatu maknanya soal-soal pemilihan bahagian, pemilihan dalam parti kita ketepikan dahulu kerana jika ada pemilihan parti sudah tentulah ada perkara-perkara yang tidak elok akan berlaku".

Oleh kerana itu Datuk Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam menyarankan supaya segala tumpuan kini perlulah diarahkan kepada pilihanraya umum ke-14.

Terdapat 4 perkara utama yang diketengahkan oleh pemimpin UMNO itu merujuk kepada ucapan dasar presiden baru-baru ini.

1.Bersatu
2.Melupakan soal pemilihan parti
3.Bekerja keras
4.Setia

Keempat-empat perkara ini begitu penting sekali bagi memastikan hala tuju parti tidak pincang dan kekal konsisten.

"Walaupun kita tidak dicalonkan, kita mesti bekerja keras untuk pastikan parti kita menang. 

"Setia kepada parti , apabila kita setia kepada parti bermakna kita setia kepada presiden, kita sayangkan presiden dan kita sayangkan parti kita.

"Jadi apa sahaja keputusan yang dibuat oleh presiden ianya juga adalah tanggungjawab kita supaya kita dapat mengikut arahan-arahan daripada parti dan kalau soal calon, siapa jua yang menjadi calon tanggungjawab kita untuk memberikan kemenangan kepada calon tersebut.

"Itu yang kita kata setia kepada parti, setia kepada presiden, taat setia kepada parti umno yang kita sayangi ini" tegasnya.

0 comments:

Post a Comment