Friday 22 December 2017

Dakwaan Ahli Parlimen DAP Berniat Jahat , Cuba Kelirukan Rakyat



KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA UMNO SEMBRONG
SAUDARA ONN HAFIZ GHAZI

Jumaat, 22hb Disember 2017

1. Saya menganggap  kenyataan Ahli Parlimen Kluan (DAP), Liew Chin Tong dalam FMT News semalam adalah tidak berasas dan berniat jahat. Beliau memanipulasikan jawapan yang telah dijawab sendiri oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein.

2. Kenyataan yang dibuat sebegini rupa  bertujuan untuk mengelirukan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Menteri Pertahanan yg juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong.

3. Jika perancangan pembinaan kem di Sembrong adalah berasaskan motif politik, seperti yg didakwa Liew, sudah pastinya Dato Seri Hishammuddin akan memastikan Kem itu lengkap dan selesai dibina sebelum PRU. Namun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali dan kem berkenaan kini masih di peringkat pembinaan dan tidak mungkin siap sblm PRU 14.

4. Segala usaha telah pun dilakukan sekian lama dan segala perancangan yang dibuat mengenai pembinaan dan penambahbaikan kem adalah berasaskan keperluan serta kepentingan keselamatan negara, dibawah Kementerian Pertahanan
Malaysia.

5. DAP dilihat cuba mengaitkan perancangan keselamatan dengan motif politik. Ini merupakan tindakan yang keji untuk meraih populariti murahan melalui politik kebencian dan keraguan.

6. Sekiranya pihak beliau mempunyai keraguan, saya yg juga  Setiausaha Politik Menteri Pertahanan,  sentiasa terbuka untuk menjawab pertanyaan beliau bagi membantu mengakhiri segala prasangka yang tidak baik.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment