Thursday, 7 December 2017

Jangan Undi Pakatan Harapan #PAU2017


"Jangan undi Pakatan Harapan" itulah pesan perwakilan pemuda UMNO Pulau Pinang sewaktu ditemui Penang Online siang tadi.

Suhairi Che Ros, Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melihat ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang menyentuh tentang janji-janji palsu pembangkang selama ini sebagai kena pada masanya.

Beliau berkata banyak janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum ini bersifat retorik dan palsu.

"Seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, banyak yang kita tengok apa yang dijanjikan tak pernah ditepati. 

"Berkaitan dengan tol, berkaitan dengan banjir  tiada bantuan yang sepatutnya dihulurkan jadi bagi kita senang saja, jangan banyak cakap ! jangan undi Pakatan Harapan ! tegasnya.

0 comments:

Post a comment