Thursday, 7 December 2017

Janji Pembangkang Janji Palsu #PAU2017


Kuala Lumpur - Ketegasan ucapan dasar YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam Persidangan Pemuda UMNO 2017 di sambut baik oleh wakil negeri Pulau Pinang,  Dato' Jefri Salim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia khususnya dalam konteks Pulau Pinang dimana UMNO adalah pembangkang.

"Telah banyak janji-janji manis daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana kita tahu ianya perlu disampaikan kepada rakyat dan rakyat perlu sedar bahawa janji-janji ini adalah janji palsu yang mana tak mungkin ianya direalisasikan.

"Jadi apa yang telah kita buat selama berpuluh tahun ini sejak kita Merdeka sehingga ke hari ini malah sebelum pihak pembangkang dapat menguasai negeri Pulau Pinang, kita telah mengotakan apa yang kita janji."

Jefri menambah kebanyakkan daripada pembangunan yang dilihat hari ini di Malaysia dan di negeri Pulau Pinang khususnya adalah hasil usaha berterusan parti UMNO dan Barisan Nasional  serta telah dapat realisasikan berbanding kerajaan pembangkang yang ada pada masa kini.

"Rakyat perlu tahu yang kerajaan pembangkang di negeri Pulau Pinang ini hanyalah satu janji palsu atau pun satu penipuan yang hanya sekadar untuk memenangi pilihanraya.

"Oleh itu anak-anak muda di Pulau Pinang khususnya perlulah matang, dalam PRU yang akan datang kita harap anak-anak muda terutamanya dapat menyokong parti Barisan Nasinal untuk sama-sama kita mengembalikan negeri Pulau Pinang kepada Barisan Nasional sekali lagi".

0 comments:

Post a Comment