Tuesday 19 December 2017

Kenapa BN Perlu Kembali Tadbir Pulau Pinang


Sejak 2008 apabila Pakatan Rakyat di tunjangi DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, pelbagai kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri telah didedahkan.

Seawal pentadbiran bertukar tangan daripada Barisan Nasional, isu membabitkan pemansuhan tol Sungai Nyior misalnya sudah pun menjadi isu paling memalukan kerajaan DAP Pulau Pinang apabila janji-janji Pilihanraya Umum tidak dilaksanakan.

Walaupun begitu DAP bijak mencatur politiknya, mereka menjadikan Pakatan Harapan sebagai 'camourflage' untuk menutup penguasaan dan kelemahan mereka dengan menjadikan pemimpin dan parti lain sebagai barisan hadapan. 

Secara tidak langsung penguasaan DAP tidak dilihat terlalu ketara namun rakyat perlu sedar sebagai parti yang dilihat paling berkuasa dalam Pakatan Harapan hari ini, sudah tentunya apa jua keputusan yang dibuat atau bakal dilaksanakan akan dipengaruhi suara dan dasar parti DAP.

Ini disebabkan Pakatan Harapan pada hari ini tidak berada dalam keadaan yang tersusun hasil daripada pelbagai isu dan kemelut politik dalaman yang timbul sehinggakan sudah ada dikalangan penyokong sendiri melahirkan kekecewaan mereka.

Suasana ini walaupun cuba ditutup oleh pimpinan-pimpinan dalam Pakatan Harapan, ianya tetap sampai ke pengetahuan rakyat dan ianya sudah pun menjejaskan kredibiliti parti-parti seperti PKR, PAN dan PPBM.

Justeru itu dalam semua parti yang terlibat dalam Pakatan Harapan, hanya parti DAP sahaja yang dilihat masih punya cengkaman politik memandangkan corak pentadbiran yang mereka amalkan di Pulau Pinang.

DAP dilihat menjadikan elemen kepimpinan ala-ala diktator sebagai senjata untuk memastikan parti itu terus bertahan serta berkuasa dan ini dibuktikan apabila tindakan mengenepikan hak wakil rakyat mereka sendiri dalam isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Berdasarkan kepada perkara tersebut maka sudah tentu dalam apa jua keputusan melibatkan Pakatan Harapan kini dan selepas ini sedikit sebanyak DAP akan bertindak sebagai pemutus.

Dalam isu jawatan Perdana Menteri misalnya Pakatan Harapan masih lagi bergelut hanya untuk memutuskan siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya pada PRU14 nanti.

Bendahari UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata kekeliruan pakatan semakin parah apabila Tun Mahathir Mohamad mengaku beliau adalah pemimpin tertinggi (‘top dog’) dalam gabungan parti-parti pembangkang itu yang mendapat reaksi berbeza dari parti sekutu.

“Kemudian, sebaliknya berlaku apabila pemimpin Dap membuat semua pengumuman dasar bagi pihak pakatan.

“Nama Anwar Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon perdana menteri tetapi orang lain akan menjadi perdana menteri sementara kerana beliau masih berada di penjara,” katanya di dalam catatan terbaharu di blognya, sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut mendakwa pembangkang akan terus mendiskriminasi hak kaum pada masa depan.

Apa yang dilakukan Lim Guan Eng terhadap orang Melayu di Pulau Pinang cukup menggambarkan senario politik Pakatan Harapan akan datang jika mereka berpeluang mentadbir kerajaan Persekutuan.

“Tidak bangsat lagikah jika Melayu dibuat sebegitu rupa? Kata tak nak jawatan PM. Beri kepada parti gabungannya.. Tetapi di belakangnya siapa? Yang mencengkam kepala PM dari PH nanti bukan DAP?

“Jangan fikir orang Melayu bodoh serta tidak tahu menconggak strategi politik pembangkang, ” katanya

Sementara itu, Dr Noor Azmi turut mengingatkan rakyat supaya berfikir panjang jika berniat untuk menukar kerajaan.

Katanya, apa yang dibimbangi perdana menteri dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO adalah berdasarkan perkara yang terjadi di negeri itu.

“Apa saja keistimewaan berkaitan orang melayu berkemungkinan bakal disanggah DAP, kalau macam ini, apa akan jadi pada institusi Melayu berkaitan seperti PNB, MARA dan sebagainya?

“Takkan dah jadi baru rakyat nak sedar? Fikir dulu sebelum terkena, ” ujar wakil rakyat UMNO itu. 

Warga Malaysia perlu sedar, sebagai parti paling berkuasa dan pemutus bicara dalam Pakatan Harapan, apakah parti DAP benar-benar punya kredibiliti dan berwibawa untuk seluruh Malaysia serahkan kepercayaan menentukan siapa yang paling layak menerajui kerajaan ?

Apakah Malaysia yakin DAP akan benar-benar berpegang kepada dasar Cekap Akauntibiliti dan Telus dalam semua keadaan ?

Jangan lupa lihat apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, warga Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai masih lagi dikenakan tol dan kadar tol terbabit sudah meningkat daripada RM0.50 kepada RM1.20 dan janji DAP masih lagi tinggal janji.

Bukan itu sahaja kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang merangkumi semua perkara bermula daripada penguatkuasaan pihak majlis perbandaran yang disifatkan banyak pihak sebagai 'double standard' sehingalah kepada soal pengurusan dan perancangan kerajaan negeri terhadap isu-isu membabitkan projek lereng bukit, penambakan laut, terowong, pembinaan projek perumahan yang tidak seimbang diantara mampu milik dan bernilai tinggi, kerakusan penjualan tanah-tanah, kenaikan tarif air, permasalahan banjir dan banyak lagi perkara-perkara yang sudah pun didedahkan sebelum ini sehingga slogan urustadbir CAT oleh kerajaan negeri dianggap sebagai telah mati dan gagal.

Justeru itu sebagai rakyat yang mahukan keseimbangan politik untuk merasai nikmat kemajuan sewajarnya pilihan pada PRU14 nanti dinilai berdasarkan kepada akal dan fikiran bukan dengan janji-janji politik murahan yang hanya bertahan dalam tempoh waktu tertentu yang akhirnya hanya membawa kekecewaan.

0 comments:

Post a Comment