Monday 18 December 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang 'Celaru Tahap Membimbangkan'


Tasek Gelugor - Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan sedang berdepan sindrom 'inferiority complex' atau kecelaruan tahap membimbangkan apabila bukan sahaja tidak mempercayai parti lawan tetapi turut meragui pemimpin mereka sendiri.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, kerajaan negeri pada masa ini seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan mana-mana pemimpin mereka yang tidak sealiran akan dikenakan tindakan.

Mengambil contoh nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, katanya wakil rakyat PKR dan DAP itu seolah-olah dipinggirkan kerajaan negeri hanya kerana mengutarakan masalah rakyat.

"Kita pelik kenapa DAP tolak pandangan dan tidak percaya dengan ADUN mereka sendiri atau semua itu berlaku disebabkan ketakutan dalam kalangan pemimpin mereka ?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan persekolahan berupa uniform, kasut dan beg sekolah berjumlah RM150 kepada sekurang-kurangnya 3,000 murid di Parlimen berkenaan.

Menurut Shabudin, kecelaruan pemimpin utama kerajaan DAP Pulau Pinang semakin terserlah sejak menyingkirkan pemimpin Pas dalam jawatan penting negeri ini walaupun pada masa itu parti berkenaan masih bersama mereka.

"Apabila mereka 'bercerai' dengan Pas, wujud pula masalah dengan PKR seperti yang berlaku kepada ADUN Penanti (Dr. Norlela Ariffin) dan Kebun Bunga (Kah Peng), kita percaya yang lain pun ada masalah cuma belum meletup," katanya. - utusan

1 comments:

  1. Doakanlah.. semoga Allah letupkan semua kabar indah dr rupa yg digambarkan oleh cina dap guan eng dan turn mathir

    ReplyDelete