Saturday, 16 December 2017

Lim Guan Eng Diktator , Tidak Boleh Terima Teguran


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Saudara Rafizal Abdul Rahim tampil mempersoalkan tentang dasar pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan beliau sebagai pentadbiran diktator.

Persoalan ini ditimbulkan oleh Rafizal susulan daripada pengumuman kerajaan negeri dap yang mengesahkan larangan terhadap Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu daripada memberi perakuan kepada permohonan bantuan mangsa banjir di kawasannya sendiri. ia jelas menunjukkan pentadbiran di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu tidak matang kerana ia menampakkan tiada kebebasan bersuara dalam DAP.

Ia telah terjadi kepada Teh Yee Cheu kerana sebelum ini, beliau antara wakil rakyat Pakatan Harapan yang berani menyuarakan pendapatnya di mana, pendapatnya itu sedikit sebanyak tidak selari dengan Lim Guan Eng.

Teh Yee Cheu telah dinafikan haknya sebagai wakil rakyat Tanjung Bungah yang dipilih sendiri oleh penduduk kawasan itu untuk memberi perakuan kepada permohonan bantuan mereka.

"Adakah ini adil bagi rakyat dan Teh Yee Cheu sendiri?"

Jelas beliau lagi, Lim Guan Eng langsung tidak boleh ditegur. Jika mana-mana wakil rakyat dalam Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang tidak bersetuju dengannya, maka mereka akan dikenakan tindakan seperti ini. 

Sama juga seperti Adun Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng, beliau juga tidak dibenarkan memberi perakuan kepada permohonan bantuan di kawasannya, yang mana tugasnya itu diambil alih oleh Lim Guan Eng sendiri.

Sebelum ini, Adun Penanti (PKR), Dr Norlela Ariffin juga diberi tekanan apabila beliau menimbulkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam kawasannya.

"Saya melihat perkara ini, secara tidak langsung, ia merupakan satu hukuman kepada rakyat khususnya kepada penduduk di Tanjung Bungah dan Kebun Bunga.

"Rakyat menjadi mangsa mainan politik dalaman DAP yang sememangnya dikawal oleh pemimpin kuku besi seperti Lim Guan Eng.

"Mengapa DAP perlu membabitkan rakyat dalam soal ini? Mereka memerlukan bantuan dari kerajaan negeri selepas terpaksa menghadapi bencana banjir yang teruk, di mana ia juga hasil kerakusan kerajaan negeri yang menebang pokok, menarah lereng bukit."

Rafizal berkata rakyat tidak sepatutnya terbabit dalam sandiwara politik seperti ini. Apa tindakan kerajaan negeri jika ada mangsa banjir yang tercicir dalam permohonan bantuan banjir RM700 itu kerana Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (pengganti Teh Yee Cheu) bukannya kenal sangat rakyat di kawasan tersebut, tegasnya lagi.

"Sebagai kerajaan negeri yang sering melaungkan amalan CAT, mereka sepatutnya meletakkan kepentingan rakyat melebihi dendam dalaman DAP. Namun malangnya, ini lah wajah sebenar DAP dan Lim Guan Eng. 

"Sikap ini amat dikesali kerana rakyat memerlukan kerajaan negeri yang baik untuk memerintah Pulau Pinang, bukannya seorang pemimpin diktator seperti Lim Guan Eng."

0 comments:

Post a Comment