Wednesday 6 December 2017

Menarik Tentang Presiden UMNO Sempena Pembukaan PAU2017


YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Presiden UMNO telah memuatnaik status di akaun twitter miliknya kira-kira 2 jam yang lalu tentang persiapan yang beliau lakukan sebelum bermulanya pembukaan Persidangan Agung UMNO 2017.

Dalam status tersebut YAB Presiden sempat bergurau apabila memuat naik status "Persiapan untuk ucapan pembukaan #PAU2017 nanti. Masih old-school guna pen dan kertas."
Kehangatan PAU2017 sudah pun mula dirasai apabila Majlis Perasmian Perhimpunan Sayap-Sayap UMNO telah pun selesai malam tadi dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi.

Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung serentak pada 6 Disember 2017 (Rabu) dan diikuti dengan Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada 7 hingga 9 Disember 2017.

Banyak pihak ternanti-nanti ucapan dasar daripada Presiden UMNO memandangkan perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terakhir UMNO sebelum PRU14 mengambil tempat dan sudah tentunya ia dilihat sebagai amat penting khususnya kepada seluruh jentera UMNO di seluruh negara. 

0 comments:

Post a Comment