Saturday 9 December 2017

#PAU2017 Medan Kesiapsiagaan Jentera UMNO Hadapi PRU-14


Kuala Lumpur - Perhimpunan Agung UMNO 2017 dilihat sebagai medan kesiapsiagaan bagi jentera UMNO khususnya di Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican berkata agak luar biasa perhimpunan kali ini kerana ia dapat dilihat dengan jumlah kehadiran yang ramai sehingga disebut seramai 30 ribu kehadiran ketika ucapan dasar yang disampaikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Presiden UMNO.

Selain daripada itu ucapan para perwakilan yang mengutip patah-patah dan juga 'point-point' yang diutarakan oleh YAB Perdana Menteri memberi satu 'signal' dan isyarat yang agak jelas serta kukuh dan kuat bahawa parti, ahli, dan jentera parti sudah bersedia untuk turun ke gelanggang bertempur dan bertarung dalam medan yang paling penting iaitu PRU yang ke 14.

Reezal berkata kesiapsiagaan itu adalah untuk mendapatkan semula mandat dan menubuhkan kerajaan yang lebih kuat dipandu oleh Barisan Nasional yang ditulang belakangkan oleh UMNO sebagai parti pemerintah.

"Saya kira manifestasi dalam tempoh dua hari ini melalui persidangan perwakilan bermula daripada pemuda, wanita dan puteri dan hari ini masuk hari kedua perhimpunan UMNO Malaysia dan saya lihat bahawa momentum ini adalah momentum yang cukup baik untuk kita.

"Bukan kita nak mendabik dada tetapi kita nak turun nak menang dan mendapat mandat besar kerana kita nak bawa agenda tranformasi yang diutarakan oleh YAB Presiden parti dan lebih daripada itu wawasan yang telah diletakkan untuk satu lagi perjalanan yang jauh iaitu TN50 ini dapat direalisasikan dengan adanya mandat yang besar dan mandat yang kuat daripada rakyat dalam PRU ke-14 ini.

"Jadi saya yakin PRU ataupun perhimpunan UMNO kali ini adalah medan dan 'the best build up' untuk kita turun ke gelanggang bertempur dan bertarung mendapatkan mandat untuk kita menang dan tubuh kerajaan yang lebih kuat bagi menempuh masa depan Malaysia yang jauh lebih cemerlang dan gemilang".

0 comments:

Post a Comment