Thursday, 7 December 2017

Pemerkasaan Wanita Muda #PAU2017


Cabaran kepada wanita muda pada masa kini terlalu banyak namun itu bukan menjadi penghalang untuk wanita terus berjaya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Nurul Haida Mahamad berkata golongan golongan muda ini diberi pelbagai pendedahan bantuan oleh kerajaan untuk memastikan wanita-wanita ini terus diangkat.

Ianya jelas kelihatan dalam bajet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri khususnya dalam bajet 2018 di mana wanita diberi keutamaan serta perhatian contohnya hak wanita diangkat dari segi cuti bersalin dan waktu mengandung, walaupun cabarannya banyak tetapi tidak bermakna wanita di zaman dahulu tidak mempunyai cabaran. 

antara contoh yang diberikan dalam ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin adalah Saidina Aisyah sendiri waktu zaman beliau mempunyai cabaran-cabaran yang tersendiri. 

Begitu juga dengan pejuang-pejuang kemerdekaan kita yang bergolok-gadai demi mempertahankan negara tercinta.

Selain daripada itu antara perkara yang dibangkitkan dalam ucapan dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia adalah berkaitan dengan peranan wanita muda untuk memastikan wanita-wanita ini terus berjaya dan gemilang 

Menjadi harapan Nurul Haida semoga semua ahli puteri UMNO selepas daripada perhimpunan ini dapat balik dengan jiwa dan semangat yang tinggi untuk menempuh PRU yang akan datang. 

Dalam masa yang sama beliau mengharapkan semangat dan ilmu yang diperolehi sewaktu perhimpunan agung UMNO 2017 tidak hanya sampai setakat ini sahaja tetapi disampaikan diakar umbi di kawasan masing-masing.

0 comments:

Post a Comment