Thursday 21 December 2017

Pentadbiran 'One Man Show' Kerajaan DAP Pulau Pinang


Parti DAP khususnya di Pulau Pinang dianggap lebih mementingkan diri sendiri selain mengamalkan dasar 'one man show' dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata demikian dalam Program Diskusi Anda Tanya Kami Jawab anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pasca PAU2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan semalam.

Sebagai panel jemputan, Datuk Mohd Zaidi menyatakan bahawa inilah yang berlaku di Pulau Pinang dan ianya amat berbeza sama sekali dengan pentadbiran yang diamalkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan kerajaan Malaysia pada hari ini.

"Pentadbiran Pulau Pinang ini memang pentadbiran yang secara 'one man show' di mana Ketua Menteri mempunyai kuasa sepenuhnya.

"Memang semua wakil rakyat tidak ada kuasa , tidak boleh membuat keputusan dan tidak boleh menentukan segalanya, semuanya bergantung kepada Ketua Menteri seolah-olah dalam negeri Pulau Pinang ini tidak perlu 'exposed' kerana membazir duit rakyat, Lim Guan Eng seorang dah cukup untuk mentadbir."

Beliau memberikan contoh di negeri Pulau Pinang terdapat 3 wakil rakyat yang sudah pun disisihkan  daripda terlibat secara langsung dengan kerajaan negeri iaitu YB Kebun Bunga, YB Tanjung Bungah dan YB Penanti. 

"Sampai nak tanda tangan pengesahan borang mangsa banjir pun tak dibenarkan, tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri ini wakil rakyat DAP sendiri.

"Jadi kita bayangkan bagaimana kalau mereka memerintah negara pada masa depan," tegasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment