Thursday 7 December 2017

Puteri Bersedia Kehadapan #PAU2017


Kuala Lumpur - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal hari ini menyokong dan bersetuju dengan ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin sewaktu Persidangan Puteri UMNO Malaysia pada 6 Disember 2017.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal, Norfariza Haryani Ismail berkata Puteri UMNO perlu memotivasikan diri serta perlu ke hadapan untuk meneruskan perjuangan UMNO selain memantapkan perjuangan dulu, kini dan selama-lamanya.

Selain daripada itu Norfariza turut menyatakan bahawa puteri juga akan memperkasakan wanita muda kerana wanita muda mampu menjadi pejuang dan berada di medan peperangan.

Selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal, beliau menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap ucapan dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia dan menegaskan Puteri UMNO Nibong Tebal bersedia untuk ke hadapan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

0 comments:

Post a Comment