Saturday 9 December 2017

Setiakawan Antara Parti Komponen BN Untuk Pastikan Kemenangan PRU-14 #PAU2017


UMNO negeri Pulau Pinang melalui jurucakapnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sudah pun menyatakan pendirian UMNO negeri untuk memastikan semangat setiakawan diantara parti-parti komponen dalam Barisan Nasional ditambah nilai seterusnya menjadikannya sebagai satu pasukan yang kuat khusus bagi menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Shiekh Fadzir sewaktu ditemui berkata situasi di Pulau Pinang lebih unik kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Apa yang disarankan oleh wakil Pulau Pinang itu merupakan realiti politik semasa yang perlu diberikan perhatian serius khusus dalam usaha Barisan Nasional mencapai kemenangan pada PRU ke-14 nanti.

"Kita perlukan setiakawan daripada Gerakan, MCA, MIC dan PPP jadi apa yang Datuk Zaidi atau Cikgu Zaidi maksudkan madu itu adalah setiakawan.

"Bagi saya setiakawan begitu mustahak sekali, kita perlukan Gerakan, kita perlukan MCA, kita perlukan MIC, kita perlukan PPP kerana apa untuk memberi kejayaan ataupun memberikan kemenangan di negeri Pulau Pinang.

"Jadi kalau kita mahu mentadbir Pulau Pinang, kita mahu kerajaan Barisan Nasional perintah Pulau Pinang kita perlukan rakan-rakan kita daripada Gerakan, MCA, MIC dan PPP," tegasnya.

Datuk Musa menambah UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang tidak boleh mengharapkan kepada kerusi UMNO semata-mata kerana UMNO hanya bertanding 15 kerusi dan sekiranya mahu mencapai kemenangan semua pihak dalam Barisan Nasional perlu terlibat dan bergerak bersama-sama.

"Kita ada 40 kerusi di Pulau Pinang, jadi walaupun kita menang semua kita masih tidak boleh memerintah Pulau Pinang sebab itu apa yang dia (Datuk Zaidi) kata madu begitu penting sekali dan kita setiakawan, kita perlukan rakan-rakan daripada Gerakan, MCA, MIC dan PPP untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional di Pulau Pinang".

0 comments:

Post a Comment