Sunday 17 December 2017

Tahap Berpura-Pura Dr. Mahathir Paling Tinggi - Reezal Merican


KEPALA BATAS - Sikap berpura-pura yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusaha  membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak pernah dilakukan mana-mana ahli politik negara ini.

Malah, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sikap Pengerusi Pakatan Harapan itu boleh dikategorikan sebagai sikap berpura-pura yang paling tinggi pernah dipertontonkan berbanding sebelum ini.

“Sekitar 1997 dan 1998, Dr. Mahathir memaksa seluruh rakyat menanamkan perasaan Anwar seorang yang despicable (hina), tetapi hari ini atas sebab mahu jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau katakan kononnya Anwar tahanan politik tidak bersalah.

“Saya secara ikhlas yakin Anwar sendiri tidak percaya pada Dr. Mahathir, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga sama, mereka sekeluarga terseksa, terpisah dan sengsara dengan perbuatan Dr. Mahathir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir baru-baru ini membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS)A, Kimberly Motley kerana menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

Terdahulu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ditemui selepas menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM125,000 kepada tujuh buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sekitar kawasan itu. - Utusan Online

2 comments:

  1. Tahap pura2 mmg tinggi..
    Melayu cepat lupa.. rupanya ungkapan itu utk diri mathir.. sbb tu duit bnm hilang pun dia tak tahu..

    ReplyDelete
  2. Ttp dlm kes mathir dan anwar ni..
    Yg paling hipokrit adalah anwar dan keluarga anwar.. lepas kena mcm tu dgn mathir.. sekeluarga masuh sanggup terima mathir.. keluarga anwar paling buruk perangai... sampai sekarang mathir belum minta maaf secara terbuKa.. tapi sanggup terima mathir.. adakah ini bukti anwar mmg seorg peliwat?

    ReplyDelete